Sunday, January 22, 2012

Sayang Dia Tak?

Kalau Rasulullah (s.a.w.) ada depan kita, agak-agak apa yang kita nak bagitau Rasulullah? Nak bagitau yang kita sayang Rasulullah? Hmmm… Anda pasti? Macam tipu je.. kalau ye mana bukti? Pernah selawat kat Rasulullah (s.a.w.)? Kalau tak pernah tak perlulah nak mengaku macam tu..tak baik tipu..
Kenal Rasulullah (s.a.w)? Kenal setakat nama datuk je? Kesian.. Kata cinta dan sayang Rasulullah tapi kenal sampai nama datuk Rasulullah je?
Kalau Lee Eun Hye kenal?  Jang Geun Suk? Kim Hyun Joong? Lee Min Ho? Eh..kenal pulak diorang ni..Ni sayang sape sebenarnya ni? Rasulullah ke artis-artis korea tu?
Hmm..Sepatutnya dan sewajibnya kita sebagai umat Islam lebih-lebih lagi umat akhir zaman ni menjadi satu kewajipan bagi kita untuk kenal Rasulullah. Kenal seolah-olah kita mengenali isteri kita, anak-anak kita, ibu bapa kita dan artis-artis pujaan kita tu..

Kenapa perlu kenal? Anda tahu kenapa?

Sebabnya Rasulullah lah orang yang telah memberi nafas Islam kepada kita sampai hari ini pun cahaya Islam masih terus bersinar. Besarkan pengorbanan Rasulullah ni? Kalau tanya saya, saya akan jawab sangat besar. Bayangkan ketika peristiwa Rasulullah berhijrah ke Taif, baginda telah dibaling dengan batu oleh masyarakat Taif. Baling batu bukan baling kertas. Berdarah ke tak? Lebih daripada itu. Sehinggakan datang malaikat dengan berkata,

              “Jika engkau mahu aku menghempap penduduk Taif ini dengan bukit maka akan aku lakukan sekarang juga,”

Tapi anda tahu apa yang keluar daripada mulut insan mulia ini?

            “Biarlah. Jika hari ini mereka tidak beriman, mungkin satu hari nanti generasi mereka pada masa hadapan akan menerima Islam.”

Sayangkan Rasulullah pada kita. Sangat-sangat sayang. Jadi apa yang boleh kita lakukan sekurang-kurangnya untuk membalas cinta Rasulullah?

SELAWAT! Itulah jawapannya.

Daripada Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:  Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan: Amin. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan: Amin, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab: Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku: Celakalah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata: Amin. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan: Celakalah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu, aku pun menyahut:Amin. Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:Celakalah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin.

No comments:

Post a Comment